Tetamu yang dihormati

Laman  Sesawang ini dibina atas inisiatif untuk semua guru-guru sejarah dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sejarah PMR. Semoga bermanfaat untuk semua. Segala kesilapan dan kekurangan dalam laman web ini harap di maafkan dan akan diusahakan untuk dibangunkan dari semasa ke semasa.

Sejarah Laman Web

Laman Sesawang ini mula didaftar dan dibangunkan semasa kelas Multimedia dan Kajian Tindakan bersama Dr. Lee See Seng di SM Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah. Bersama-sama web ini, turut didaftar dan dibangunkan 31 laman lain yang juga guru-guru dari sekolah persendirian Cina seluruh Sabah yang mengikuti kursus Diploma Pendidikan anjuran Kolej New Era. Jutaan terima kasih diucapkan terutama kepada Sekolah yang menghantar kami berkursus iaitu Sabah Chinse High School, Tawau dan juga penganjur bersama kursus ini. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah yang terlibat terutama Dr. Lee dan Pn. Tan... Jasamu tetap dikenang...