Latihan Ulangkaji

Contoh Soalan Tahun Lepas

13/12/2011 00:20
sej ting 2 2011 FINAL.docx (100 kB) sej ting 1 2011 sem 2.docx (3,9 MB) Ting 2 mid 1 2011.docx (727,3 kB) Ting 3 mid 1 2011.docx (56,1 kB) sej final ting 1 2010.docx (52,1 kB) sej ting 1.docx (270,7 kB) sej ting 2 Final 2010.docx (63,6 kB) Sejarah 2 final exam.doc (314,5...

Tingkatan 3 (Bab 1 : Pendudukan Jepun)

A.    Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

 

  1. Pada bulan September 1940, Jepun menyertai Pakatan Axis yang dianggotai oleh___________ dan  __________ di Eropah.

 

  1. Sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat telah mengakibatkan Jepun mengebom __________________ iaitu pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Lautan Pasifik pada ______________.

 

  1. Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dilancarkan melalui dua arah iaitu______________ dan ____________. Serangan ini bermula pada ____________ sehinggalah _____________.

 

  1. Tentera Jepun memperkenalkan ______________________ di mana setiap keluarga bertanggung jawab terhadap ahli-ahli keluarganya.

 

  1. Penubuhan ________________________ oleh bekas pegawai-pegawai British adalah untuk melantik orang-orang tempatan menggunakan senjata api.

Lengkapkan silang kata di bawah.

 

Melintang

 

  1. Kapal perang British yang berjaya ditenggelamkan oleh Jepun.
  1. Leftenan yang mempertahankan negara sehingga kehabisan peluru.

        5.   Kuasa tertinggi di daerah-daerah Negeri-negeri Melayu Utara.

  1. Pakatan yang dianggotai Jepun, Jerman dan Itali.
  2. Pertubuhan yang pernah dipimpin oleh Ibrahim Hj. Yaacob.
  1. Komanden tentera Jepun yang menyerah kalah kepada pemerintah Tentera Berikat.
  2. Pertubuhan yang dianjurkan oleh pihak Jepun. Juga dikenali sebagai Giyu Gan.

 

Menegak

 

  1. Pegawai yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Tentang Hal Ehwal Orang Iban.
  1. Negeri yang diasingkan pentadbirannya daripada Tanah Melayu.
  1. Bandar yang dibom oleh Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945.
  1. Pemimpin orang Melayu yang dilantik sebagai Pegawai Daerah Lawas.